Monday, 28 May 2012

Virus



Definisi Virus Komputer

Virus merupakan sebuah aturcara berparasit yang ditulis dengan tujuan untuk memasuki
komputer tanpa pengetahuan atau kebenaran penggunanya. Ia digunakan kerana virus akan bercantum kepada fail atau sektor boot dan menggandakan dirinya untuk merebakkan jangkitannya.
McAfee mendefinisikan virus sebagai sebuah perisian aturcara yang bercantum dengan aturcara lain dalam memori komputer atau cakera dan merebak daripada satu aturcara kepada aturcara yang lain.
Virus boleh berjangkit melalui rangkaian internet dan komputer. Kebolehan memuat turun pelbagai data dari laman web yang tidak diketahui keselamatannya, membolehkan data yang dimuat turun berisiko diserang virus. Selain itu ia boleh dijangkiti dengan penggunaan disket untuk perkongsian data terhadap komputer yang telah diserang virus.

Langkah-langkah Pencegahan Virus

                   I.            Memasukkan perisian antivirus di dalam komputer.

                II.            Semak perisian virus anda dan kemaskini sekurang-kurangnya setiap minggu atau kemaskini automatik. Ini kerana virus-virus baru akan muncul setiap hari.

             III.            Tidak membuka fail contoh: .bat, .cmd, .com, .exe, .pif, .scr, or .zip di dalam email kita.

             IV.            Jangan menggunakan disket atau sebarang storage yang tidak diketahui.

                V.            Berhati-hati apabila muat turun permainan, screensavers dan fail lain. Muat turun hanya daripada sumber yang sah dan boleh dipercayai

             VI.            Berhati-hatilah mengenai perisian perkongsian fail kerana boleh menyebabkan berkongsi fail yang anda tidak bercadang untuk dikongsi.

          VII.            Memuat turun fail yang tidak dikenali boleh mengandungi virus-virus dan kod jahat yang lain


No comments:

Post a Comment